Alat Penjimatan Elektrik


KLIK PHOTO POWER SAVER UNTUK DETAIL INFO

Friday, August 15, 2008

Tips Jimat Elektrik Di Dapur


Ramai para suri menghabiskan masa di dapur. Bagi yang mempunyai pembantu rumah, selalunya mereka nilah yang banyak menggunakan alat-alat elektrik seperti mesin basuh dan peralatan elektrik lain.
Apa kata anda latih mereka dengan tips-tips ini demi penjimatan bil elektrik anda.
1) Cerek letrik Masak air mengikut sukatan air yang diperlukan.
2) Mesin basuh-Gunakan mesin basuh dengan sepenuh muatan tanpa melebihi had.
-Pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan saiz keperluan keluarga anda.
3) Peti sejuk-Pastikan muatan peti sejuk adalah berpatutan.Muatan yang berlebihan akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada yang sepatutnya.
-Sejukkan makanan terlebih dahulu sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk.
-Pastikan pintu peti sejuk ditutup rapat dan dibuka apabila perlu.
-Tempatkan peti sejuk sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding supaya motor peti sejuktidak terlebih beban.

Selamat mencuba !!

Ikhlas dari,
Zaki, CEO

Panduan Jimatkan Bil Elektrik Anda!

Petikan dari email CEO,
Mungkinkah anda sering keberatan untuk melihat bil elektrik setiap kali bil baru sampai ke pintu rumah?
Ini kerana tentu anda tidak mahu memeningkan kepala dengan memikirkan beban bil elektrik yang terpaksa di bayar.
Oleh itu, biarlah saya kongsikan beberapa tips di bawah supaya ANDA dapat menjimatkan bil eletrik bulanan.
Baiklah, kita mulakan dengan penjimatan di ruang tamu yang selalunya kerap kita gunakan samada untuk menonton tv atau membaca surat khabar atau sambil bersantai bersama-sama keluarga.

1) SuisTutup suis elektrik yang tidak digunakan.
2) TV, Pemain VCD/DVD, Video Game, HiFi, Tutupkan suis peralatan di atas jika tidak digunakan. Sekiranya dibiarkan pada keadaan 'tunggu sedia', tenaga elektrik masih digunakan.
3) Penghawa Dingin-Tutup bidai dan langsir bagi menghalang cahaya matahari masuk ke ruang yan gingin didinginkan.
-Cuci penapis udara sekerap yang mungkin. Penapis udara yang kotor menyebabkan penghawa dingin menggunakan lebih tenaga elektrik.
-Tetapkan suhu di antara 22C - 26 Celcius untukkeselesaan suhu yang optimum.
-Jangan halang unit luar (compressor) daripada mendapat kitaran udara yang maksimum.
4) Lampu-Padam lampu apabila tidak digunakan.
-Sebaik mungkin yang boleh gunakanlah cahaya semulajadi.
-Gunakanlah mentol 'energy saving'. Iabukan sahaja menjimatkan elektrik malah tahan lebih lama.


Zaki, CEO

Sunday, August 10, 2008

kongsi tips jimatkan elektrik


Saya nak kongsikan tips jimatkan elektrik kepada anda hari ini. Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda menjimatkan bil bulanan anda nanti.
---
Bagi kebanyakan pengguna di negara ini, mereka sudah biasa menggunakan lampu 'incandescent' berbanding 'fluo rescent' (CFL).
Namun, fakta yang perlu pengguna tahu ialah lampu incandescent lebih banyak menggunakan tenaga elektrik berbanding fluorescent.
Lampu kompak fluorescent (CFL) dikatakan mampu menjimatkan tenaga kerana hanya menggunakan tenaga 15 Watt berbanding lampu incandescent menggunakan sehingga 75 Watt tenaga.
Kuantiti cahaya yang dihasilkan lampu disebut unit Lumen dan ia digunakan bagi pengukur penghasilan cahaya yang menggunakan tenaga.
Ternyata, lampu CFL dan incandescent menghasilkan 900 Lumen cahaya,tetapi pengguna perlu ingat pengiraan tahap keberkesanan Lumendiukur apabila 'output' Lumen itu dibahagikan dengan jumlah tenagayang dihasilkan bagi setiap lampu.
Contohnya, lampu CFL memiliki output Lumen sebanyak 900 dan ia dibahagikan dengan tenaga digunakan, 15 Watt dan hasilnya ialah 60Lumen setiap Watt.
Sementara lampu incandescent yang menghasilkan 900 Lumen perlu dibahagikan dengan penggunaan tenaga 75 Watt dan keberkesannya hanya 12 Watt setiap Lumen.
Mengikut Penasihat Kanan Philips Asia Pasifik Untuk Pencahayaan, KSeshadri, CFL adalah salah satu inovasi baru yang mampu menjimatkan penggunaan elektrik selain lebih terang berbanding dengan lampu tradisional.
"Lampu CFL mampu menjimatkan sehingga 80 peratus tenaga untuk menghasilkan jumlah cahaya yang sama di keluarkan lampu incandescent," katanya.
Menurutnya, pengguna perlu sedar lampu incandescent hanya mengeluarkan suhu panas yang menyebabkan peng gunaan elektrik berlebihan.
"Anda tidak perlu suhu panas itu kerana cuaca di negara ini sudah panas," katanya.
Beliau berkata, ketika pengguna membuka suis lampu incandescent, iaakan mengakibatkan pusat tenaga meng hasilkan karbon dioksida yangbanyak.
Satu kaedah yang mampu dilaksanakan untuk menghasilkan teknologi pencahayaan efisyen seperti CFL hanya akan tercapai melalui penguatkuasaan undang-undang dan pen didikan.
Justeru, pengguna di negara ini perlu berani untuk berubah menggunakan jenis lampu yang menjimatkan bagi mengelak menanggung beban kos yang tinggi kelak.
Harga lampu incandescent di pasaran ialah antara RM1.20 hinggaRM1.50, tetapi lampu CFL, RM15.
Bagaimanapun, jangka hayat kedua-dua jenis lampu itu berbeza.
Jangka hayat lampu CFL menjangkau sehingga 6,000 atau 8,000 jam,tetapi lampu incandescent hanya 1,000 jam dan terpaksa ditukar berulang kali.
Ketua Pegawai Eksekutif Philips Malaysia Sdn Bhd, Dr R Kumar,berkata kajian syarikat itu mendapati jika setiap isi rumah(kira-kira 5.5 juta) di negara menukar lampu in candescent ke lampuCFL, ia mampu memberi penjimatan kira-kira RM400 juta setiap tahun.
Bagi pengurusan bangunan, ia juga penting memandangkan jumlah tenaga yang banyak digunakan pada waktu siang di bangunan tinggi.
CFL mampu mengurangkan penggunaan mentol di siang hari memandangkan kita memiliki cahaya matahari.
Bagaimanapun, kebanyakan bangunan pencakar langit memasang dinding atau cermin gelap bagi mengelak cahaya matahari sehingga mengakibatkan sumber asli itu tersekat.
Cahaya matahari yang asli itu sekurang-kurangnya dapat menyinari ruangan bilik kerja dan pengguna tidak me merlukan cahaya lampu.
Kini, banyak bangunan baru di Jepun, Amerika Syarikat, dan Eropah mereka bentuk bangunan yang menerapkan pen cahayaan semula jadi menerusi kaedah tidak terus itu.
Cahaya matahari dialirkan masuk menerusi pantulan alat pemantul luar ke dalam bangunan menerusi siling dan dinding yang dikawal sistem pensuisan dan pengesan ca haya.
Ia dialirkan menerusi corong pemantul cahaya daripada cermin kebilik atau menggunakan kaedah seperti kanta yang disusun sepertise buah teropong.
Tahun lalu, bangunan kerajaan di Selangor diwajibkan menutup lampudan pendingin pada waktu rehat antara jam 1 tengah hari hingga jam2 petang selain mematikan sistem pendingin hawa berpusat 15 minitlebih awal dari tempoh tamat kerja.
Sementara itu, Thailand pernah mengadakan kempen menutup lampuselama lima minit pada 1 Jun tahun lalu sebagai sebahagian daripada kempen berjimat bekalan tenaga yang diharapkan kerajaan dapat membantu mengurangkan defisit pertumbuhan perdagangan.
Perdana Menteri Thailand ketika itu, Thaksin Shinawatra sendirimengetuai pengiraan di televisyen untuk menutup lampu yang akanbermula pada jam 8.45 malam pada hari berkenaan.
Thailand mampu menjimatkan 1.2 bilion baht setiap tahun jika setiap rumah menutup lampu selama sejam setiap hari.
Kempen sedemikian mampu memberi kesedaran kepada penduduk negara dalam membantu menjimatkan bil elektrik yang dihasilkan seluruhnegara.
Mungkin Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh melakukan kempen sepertidi Thailand.
Malaysia memerlukan sistem bersepadu yang membolehkan rakyatnya memiliki sistem pencahayaan yang mampu men jimatkan penggunaan elektrik di samping mengurangkan kos utiliti bulanan selain mengawal pencemaran.
Dipetik dari: Harian Metro - Jun 2008.----

Kalau nak berjimat hingga 5 tahun untuk seluruh alatan elektrik(yang bermotor) seperti peti ais, kipas angin, airkond, mesin basuh dan yang sejenis dengannya, gunalah Alat Pemjimatan Elektrik kami.

Penjimatan cara yang sah dan selamat. Bukan curi elektrik!
Ikhlas dari,

Zaki Yusof (CEO)
AlatPenjimat Elektrik